Tuesday, January 27, 2009

Read on and find out . .

 "Kisah ini berlaku  di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.  Ia nya  diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua  pembaca  budiman.

 Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau  Tawar,Jerantut .  Seorang lelaki yang bernama Ali (nama sebenar  dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Ali adalah  seorang bomoh di kampung  tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang  agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap  penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

 Satu hari diwaktu  senja ada seorang budak melalui rumah Ali budak itu adalah Salleh  pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam  bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cubamengintai dari celah  lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Ali bercakap mengadap  sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak  nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba mencari lubang yang  agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui  lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut  bukanlah Ali tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

 Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti  warna tanah.

 Tiba -tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang  kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus  melarikan diri.

 Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya  dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya  memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Ali.  Bapanya mengatakan bahawa Ali menggunakan hantu peliharaannya untuk  merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan  mengubati orang tersebut.

 Dengan cara ini beliau akan lebih  mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

 Pada malam  tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti  merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya  tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia  terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi  kelopak matanya berasa amat berat sekali.

 Salleh cuba menjerit untuk memanggil  bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang  diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya,  Sebelum jatuh pengsan.

 Apabila Salleh membuka matanya didapati  rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Ali.  Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil  tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah  berakhir. Dia kembali terlelap..

 Pagi besoknya apabila dia  tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan  pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang  berlaku. Bapanya menyuruh Salleh bersiap2 utk pergi menziarahi

kubur  Ali. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain  dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

 Sesampainya di  tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur.Tiba-tiba dia terdengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya. Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut  berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun  melihat UBI KAYU yang sangat besar. Jadi sesiapa yang ingin beli UBI  tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
 1-800-88-88-88
 Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
 Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
 Kerepek Ubi - RM 1.50  sebungkus
 Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
 Penghantaran  akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan  sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII..

No comments: